• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Saturday 25 May 2013

Kata-Kata Hikmah(Islamic)
Semua ni antara collection madah indah dan kata2 hikmah berunsur islamic yang aku collect dari fb, blog and buku ntah mana2 haku ambil. If one of them is yours, u shud proud it is here..:P


Dari masa ke semasa IA aku akan update..




he Meaning of some dua'as that we recite in Salah:
✦ "Allahu Akbar” ➲ Allah is the Greatest
✦ "Subhana Rabbiyal Adhim" ➲ How Perfect is my Lord, the Supreme
✦ "Sami'Allahu liman hamidah" ➲ Allah hears those who praise Him
✦ "Rabbana lakal hamd" ➲ Our Lord, praise be to You
✦ "Subhana Rabbiyal A'la" ➲ How Perfect is my Lord, the Highest

♥ Mutiara Hikmah ♥
• Jika manusia mencewakanmu, Jangan berduka karna Allah selalu menunaikan harapanmu
• Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka karna Allah selalu berlaku adil terhadapmu
• Jika manusia melukaimu, Jangan berduka karna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
• Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu



 Rasulullah [SallAllahu Alayhi WaSallam] said,
► "Do not be people without minds of your own, saying that if others treat you well - you will treat them well, and that if they do wrong - you will do wrong. Instead, accustom yourselves to do good if people do good and not to do wrong if they do evil." [Al-Tirmidhi #1325]

JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah








◘ The Beautiful Word Is ►الله"
◘ Sweetest Name is ►محمد"
◘ Most Beautiful Message Is ►اذان"
◘ World Perfect Book Is ►قرآن"
◘ And I M Very Lucky That i m ►مسلم






Oh Allah, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh Allah, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh Allah, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.

‎3 Tanda bahagia kata Ibnul Qayyim:

1. Bersyukur ketika diberi nikmat.
2. Bersabar ketika ditimpa musibah (cobaan).
3. Memohon ampun pada Allah ketika telah terjerumus dalam dosa.

SABAR.
S : SAYANG AKAN ALLAH
A : AMALKAN SIFAT MAHMUDAH
B : BERAMAL WALAUPUN IA SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN
A : AL-QURAN DAN SUNNAH SENTIASA DI HATI
R : REDHA ATAS SEMUA KETENTUAN ALLAH

5 YANG PERLU DIJAUHI :

S : SYAITAN
A : ANGKUH DAN SOMBONG
B : BERSIFAT NEGATIF
A : ANGAN-ANGAN YANG MELALAIKAN
R : RIYAK.










Tsabit bin Qurah berkata : Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

~Masa dilahirkan dan ketika mati kita perlu dan berkehendakkan agama tetapi kenapa ketika kita hidup kita menjauhkan diri dari agama?~~

Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU

♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★











‎"Kahwinlah dengan wanita yang penuh cinta kasih dan yang banyak memberikan keturunan, kerana sesungguhnya aku merasa bangga dengan jumlah kamu yang ramai." (Riwayat Abu Daud, Nasai dan al-Hakim)





‎~* PESONA WANITA *~

Wanita Itu BUKAN Seperti BUNGA,
yang wanginya bisa dicium setiap kumbang..

Tetapi WANITA itu seperti EMAS
berharga dan MAHAL

Disimpan di tempat yang tertutup agar tak dicuri orang,
walau jatuh ke dalam lumpur dia tetap berharga dan tak b'kurang sedikit pun nilainya..

InsyaAllah,Amin Ya Allah..~

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Ada empat perkara, barangsiapa diberi keempat-empatnya, bererti dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat, iaitu: hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar atas cubaan yang menimpa, dan isteri yang tidak menjerumuskannya ke dalam dosa, baik dalam menjaga dirinya mahupun harta kekayaannya." (Riwayat At-Tabrani)







Ya Allah !!!

Don't let me die Unless You are satisfied with me...
Don't let me die Unless the strength of my Iman (faith) is what You want it to be...
Don't let me die Unless my heart is ever so clean...
Don't let me die Unless You are happy with me...
Don't let me die Unless everyone that I may have hurt has forgiven me...

Diet Rasulullah s.a.w
Rasanya perihal amalan pemakanan Rasulullah s.a.w ni ramai yang tahu. Tapi saja haku nak share info nie dengan readers daripada info nie sepi jer tersimpan kat my lovely lappy. Lagipun as a human, it is normal if kita ni lupa la..tak ingat la..So sesuatu ilmu perlu dibaca berulang-ulang dan diamalkan. Even "manusia" tu bermaksud lupa

Menurut kajian yang telah dibuat,kebanyakan penyakit yang datang adalah berpunca daripada makanan.Pemakanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul sememangnya akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Hal inilah antara penyebab terjadinya berbagai penyakit seperti  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
Sebagai umat Islam,kita seharusnya mencontohi rahsia diet yang diamalkan oleh Rasullulah. Baginda begitu mengambil berat akan soal pemakanan bagi menjamin kesihatan baginda dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.  Sesungguhnya makan juga tergolong dalam ibadat.
Antara diet yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:
a)     Jangan makan DAGING bersama IKAN
b)     Jangan makan IKAN bersama SUSU
c)     Jangan makan IKAN bersama TELUR
d)     Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD (ok lepas ni makan ayam dgn salad~~nasi ayam)
e)     Jangan minum SUSU bersama CUKA
f)      Jangan minum SUSU bersama DAGING
g)     Jangan makan BUAH bersama SUSU CONTOH :- KOKTEL( sedap kot..hu3)
h)     Jangan makan AYAM bersama SUSU (shida..nasi ayam + carrot susu is not good ok..)

ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:
§  Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
§  Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
§  Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif  sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
§  Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:
§  Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan  kurus dan tak gemuk.
§  Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
§  Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.
§  Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari  tersebut.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)

Sekian terima kasih
*Semoga kita dapat mencontohi amalan pemakanan Rasullulah dalam mengekalkan kesihatan kita seterusnya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita seharian. Badan yang sihat sudah tentu membolehkan kita  beribadat kepada Allah dengan sempurna. Apa yang penting ialah kita semua dapat mengamalkan sunnah Rasullullah ini yang sering kali dilupakan oleh sesetengah umat baginda.Kami sentiasa MENYAYANGIMu Ya Rasullullah.Jangan lupe berkongsi post ini bersama rakan-rakan kita yang lain yer

Saturday 6 April 2013

Cara melaksanakan solat taubat :


Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
  • Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktumakruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

  • Lafaz NIAT


    أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .
:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

  • Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah sunnah Rasulullah SAW: 

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.


  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):


  • لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Ertinya:
    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
  • Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

  • Selepas itu bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
  • Selepas itu bacalah:


لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
يْرُ

 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا
Ertinya: 
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".



Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
 



 
  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،


 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،


 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،


 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


Ertinya: 
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah.  Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 


Wallahua'lam.


Thursday 28 March 2013

Doa ringkas lepas solat




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


DOA UNTUK KEKASIH


Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…


Doa keluarga bahagia


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)

Doa diletakkan Bersama Orang Benar


رَبَّنَا ءَامَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)"

(A-li 'Imran : 53)